Pemilik syarikat dakwa rugi RM11.5 juta

No Image Caption
A
A
A
KUANTAN - Seorang pemegang saham sebuah syarikat mendakwa rugi RM11.5 juta selepas tanah digadai dilelong pihak bank pada harga tidak wajar.

Pengadu berusia 63 tahun itu tampil membuat laporan polis selepas syak berlaku penipuan semasa proses lelongan tanah terbabit yang dibuat di Mahkamah Sesyen Temerloh.

Ketua Jabatan Sisatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, pengadu dari Subang Jaya, Selangor menerima surat bankrap daripada pihak bank pada 10 Disember lalu berkaitan pinjaman syarikat berjumlah RM11.87 juta yang dibuat bersama rakan kongsi.

Menurutnya, bagi tujuan pinjaman itu, dia bersama rakan kongsi menggadai sebidang tanah di Raub.

“Dia mendapat tahu pihak bank telah melelong lima lot tanah pada harga RM1.48 juta yang dirasakan nilai itu tidak wajar dan disyaki berlaku penipuan semasa proses lelongan tanah tersebut.
Artikel Berkaitan:


“Pengadu membuat laporan polis di Temerloh semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,”katanya.