Gali parit elak kebakaran merebak

Parit perlu digali bagi mengelak risiko kebakaran kawasan berdekatan belukar di Batu 35 yang terbakar Sabtu lalu.
Parit perlu digali bagi mengelak risiko kebakaran kawasan berdekatan belukar di Batu 35 yang terbakar Sabtu lalu.
A
A
A

PONTIAN - Parit sementara perlu digali bagi mengelakkan risiko kebakaran merebak berdekatan belukar seluas kira-kira empat hektar dekat Stesen Mardi Batu 35 di sini yang terbakar Sabtu lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas, Mahadir Basir berkata, operasi pemadaman dengan pecah api (fire break) dapat mengelakkan api merebak ke tempat lain.

Beliau berkata, hujan pada hari semalam dan tengah hari ini di Pekan Nanas sedikit sebanyak membantu pemadaman di kawasan belukar yang bercampur gambut itu.

"Operasi pemadaman belukar yang terbakar pada Sabtu lalu itu berdepan kesukaran untuk mendapatkan bekalan air berikutan cuaca panas dan kering.

"Bekalan air terpaksa diambil daripada pili air bomba di Stesen Mardi yang terletak dua kilometer dari kawasan belukar yang terbakar.

"Lapan anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira jam 9.30 pagi Sabtu lalu dan api dipadamkan pada jam 7 petang," katanya hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Yeo Tung Siong menyifatkan kebakaran belukar yang berlaku paling teruk memandangkan cuaca panas dan kering.

Katanya, penduduk perlu memberikan kerjasama dengan memberikan maklumat lebih terperinci mengenai lokasi kebakaran belukar yang dilaporkan.

Artikel Berkaitan: