Dua dicekup ragut peniaga

Risikin Satiman
Risikin Satiman
A
A
A

SHAH ALAM - Gara-gara meragut seorang peniaga, dua individu dicekup polis dalam kejadian di Jalan USJ 9/2 di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, wanita terbabit berusia lingkungan 69 tahun sedang berjalan kaki di Jalan USJ 6/4F di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner, Risikin Satiman berkata, ketika kejadian, mangsa didatangi dua suspek dari arah belakang.

"Kedua-dua suspek kemudiannya bertindak meragut beg tangan mangsa yang mengandungi dokumen peribadi, telefon bimbit, beg dompet dan wang tunai berjumlah RM60.

"Anggaran kerugian mangsa lebih kurang RM6,000," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya kemudian menjalankan operasi bagi memburu dua suspek terlibat.

Hasil risikan dan pemantauan dijalankan, pihaknya berjaya menahan dua suspek terdiri daripada seorang lelaki dan wanita berumur lingkungan awal 20-an.

"Polis juga turut merampas topi keledar, jaket, kasut penutup muka, telefon bimbit dan motosikal.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua barang yang dirampas ini dipercayai digunakan suspek untuk melakukan jenayah," katanya.

Katanya, hasil semakan dijalankan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya.