X

Kindly register in order to view this article
!

Mayat wanita dalam beg pakaian

Mayat wanita yang disumbatkan dalam sebuah beg ditemui di dalam longkang di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27, Shah Alam pagi tadi.
A
A

SHAH ALAM - Mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan disumbat dalam beg pakaian sebelum dicampak ke dalam parit di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27 di sini.

Mayat mangsa berusia lingkungan 30-an itu ditemui seorang pekerja juruteknik syarikat telekomunikasi kira-kira jam 5.30 pagi tadi semasa menjalankan kerja pemeriksaan kabel.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, ketika kerja-kerja pemeriksaan dilakukan, juruteknik terbabit terhidu bau busuk dari sebuah beg pakaian di dalam parit.

Menurutnya, pekerja terbabit kemudian turun ke dalam parit sedalam lebih dua meter sebelum melihat bentuk badan disyaki manusia dengan kesan darah sebelum menghubungi pihak polis.

"Pemeriksaan lanjut mendapati mayat tersebut telah disumbat ke dalam sebuah beg 'luggage' warna coklat jenama Safari.

Mayat wanita yang disumbatkan dalam sebuah beg ditemui di dalam longkang di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27, Shah Alam pagi tadi.
Mayat wanita yang disumbatkan dalam sebuah beg ditemui di dalam longkang di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27, Shah Alam pagi tadi.

"Kepala mayat itu dibungkus dengan plastik hitam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan terhadap mayat wanita mendapati terdapat gelang berwarna kuning di salah satu tangan mangsa.

Katanya, mayat berkulit cerah, namun bangsa dan umur masih belum diketahui.

Berdasarkan keadaan mayat yang sudah berbau katanya, polis percaya mangsa telah mati dalam tempoh tiga hari.

Beliau berkata, mayat tersebut telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.

"Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkannya kepada pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Daniel Lee di talian 019-6820550 atau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah alam di talian 03-55202222," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!