Sila log masuk terlebih dahulu.

Cantik persis wanita Jepun

MANDIAN air panas membantu merehatkan badan yang lesu.
MANDIAN air panas membantu merehatkan badan yang lesu.
A
A
A

TIDAK keterlaluan menyifatkan bahawa wanita Jepun antara kelompok yang memiliki kulit wajah cerah dan berseri meskipun menjalani kehidupan dalam empat musim iaitu musim bunga, panas, luruh dan sejuk.

Pasti kita tertanya-tanya, bagaimana wanita di negara yang memiliki populasi penduduk seramai 126,808,064 itu menjalani rejim kecantikan dalam keadaan musim bersilih ganti.

Justeru, Femina kali ini berkongsi tiga tip utama yang kerap diamalkan wanita Jepun pada setiap hari.

1- Teh hijau

Sebanyak 90 peratus wanita Jepun bukan sahaja mengamalkan pemakanan seimbang, malah turut menikmati sekurang-kurangnya dua cawan teh hijau setiap hari.

Teh hijau yang kaya dengan sumber antioksidan membantu mengurangkan beberapa jenis kanser dan memperlahankan proses penuaan kulit.

Ia termasuklah, meningkatkan pelindungan daripada kerosakan matahari, imuniti dan kesihatan kardiovaskular.

Justeru, kepada penggemar kafein, untuk peringkat pemulaan cuba amalkan menghirup secawan teh hijau tanpa gula setiap setiap pagi untuk kecantikan wajah dan kesihatan badan.

Artikel Berkaitan:

2- Mandi air panas

Tahukah anda, wanita Jepun juga sering memilih untuk berendam di dalam jazuki atau tab mandi berisi air panas yang suhunya 38 and 40 °C.

Amalan tersebut adalah untuk merehatkan badan yang lesu dan minda keletihan selepas berhempas pulas dengan tugasan harian.

Pada masa sama, mereka turut menggosok tubuh badan menggunakan herba dan daun teh hijau bagi mengecilkan liang pori, mengurangkan iritasi dan meningkatkan kelembapan kulit badan.

3- Pelindung cahaya matahari

Sebelum keluar rumah, wanita di negara Matahari Terbit sentiasa memastikan wajah mereka dilapisi krim pelembap dan pelindung sinaran ultra ungu (UV) bagi mengelakkan berlakunya selar matahari.

Jika selar matahari tidak diatasi dengan segera ia bukan sahaja menyebabkan masalah pigmentasi, bahkan ton kulit wajah juga menjadi tidak sekata.

Selain krim, wanita Jepun turut memakai topi dan menggunakan payung bagi melindungi kulit wajah dan kepala daripada haba matahari.