Hanya gangguan sistem KLIA: Imigresen

Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS) yang memaparkan maklumat terkini penerbangan mengalami gangguan dan telah menyebabkan ianya ditutup sementara ketika tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setakat 12 tengah hari tadi. -Foto Bernama
Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS) yang memaparkan maklumat terkini penerbangan mengalami gangguan dan telah menyebabkan ianya ditutup sementara ketika tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setakat 12 tengah hari tadi. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menafikan laporan yang tular di media sosial mengenai dakwaan kemasukan tiga juta warga Republik Rakyat China (RRC) semasa gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, semasa sistem Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) di KLIA mengalami gangguan, proses pemeriksaan kemasukan warga asing oleh Imigresen dilakukan secara manual dan semua pelawat asing perlu mematuhi semua syarat serta mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) pemeriksaan pelawat asing.

"Selain itu, semua langkah keselamatan turut dipertingkatkan termasuk melakukan pemantauan berterusan oleh pasukan pemantau dan penguatkuasa di balai ketibaan, perlepasan antarabangsa serta kawasan satelit.

"Sistem beroperasi secara berperingkat mulai semalam dan semua proses pemeriksaan masuk pelawat asing berjalan seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu mengenai kesahihan sesuatu berita sebelum membuat perkongsian dan menularkan sesuatu berita.

ARTIKEL BERKAITAN: Operasi KLIA terkawal walaupun FIDS gagal berfungsi di balai pelepasan

Artikel Berkaitan: