Operasi KLIA terkawal walaupun FIDS gagal berfungsi di balai pelepasan

Para penumpang boleh mendapatkan informasi penerbangan mereka melalui kaunter informasi Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) berikutan Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS) yang memaparkan maklumat terkini penerbangan mengalami gangguan dan telah menyebabkan ianya ditutup sementara ketika tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setakat 12 tengah hari tadi. - Foto BERNAMA

A
A
A

SEPANG - Situasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terkawal pada pagi Isnin walaupun Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS) di Balai Pelepasan gagal berfungsi.

Sukarelawan yang terdiri daripada petugas Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dari pelbagai jabatan dilihat secara proaktif menghampiri penumpang untuk membantu mereka dengan butiran penerbangan.

Pengumuman mengenai gangguan sistem, menasihati penumpang untuk melakukan pelepasan imigresen selepas mendaftar masuk serta memeriksa masa dan pintu pelepasan penerbangan boleh didengar berulang kali.

Keadaan itu disebabkan kegagalan perkakasan rangkaian sejak Rabu malam (21 Ogos) dan dilihat semakin baik sejak Sabtu selepas MAHB melakukan penggantian perkakasan rangkaiannya.

Tinjauan pada 12 tengah hari mendapati sebahagian FIDS pulih.

Penumpang yang berasal dari Kuala Lumpur, Chan Keat Wah, 29, berkata, dia yang menaiki penerbangan ke Brunei dengan MH0730 pada 12.30 tengah hari tidak menghadapi sebarang kesulitan untuk mendapatkan butiran penerbangannya tanpa FIDS.

“Para sukarelawan sangat membantu dalam menyalurkan maklumat mengenai kaunter daftar masuk dan nombor pintu berlepas,” kata wanita itu.

Pemuda warga Itali yang hanya mahu dikenali sebagai Luca, 39, berkata, dia

Artikel Berkaitan:

yang bekerja di Kuala Lumpur berlepas ke Jakarta menaiki Garuda Airlines dan mendapatkan maklumat penerbangannya daripada petugas di kaunter maklumat.

“Saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk mendapatkan butiran penerbangan saya,” katanya. - Bernama