Pacuan empat roda APM hilang dari bengkel

Pacuan empat roda yang juga dikenali sebagai Rodeo milik APM dilaporkan hilang pagi ini.
Pacuan empat roda yang juga dikenali sebagai Rodeo milik APM dilaporkan hilang pagi ini.
A
A
A

KUALA KRAI - Sebuah pacuan empat roda milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang ditinggalkan di sebuah bengkel di sini untuk dibaiki hilang pagi tadi.

Kenderaan yang dikatakan ditinggalkan sejak dua minggu lalu disedari hilang pagi ini oleh pemilik bengkel yang kemudian memaklumkannya kepada APM.

Setakat ini, kenderaan berkenaan masih belum ditemui.

Susulan itu, orang ramai yang mengetahui tentang kehilangan tersebut diminta memaklumkan kepada pihak polis berdekatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Untuk rekod, sebuah akhbar tempatan pernah melaporkan kehilangan sebuah ambulans milik Hospital Kuala Krai dari bengkel di Jalan Besar Guchil, dua tahun lalu.

Artikel Berkaitan: