Mayat lelaki ditemukan terapung dalam sungai

Gambar hiasan. (Gambar kecil: Shafee)
Gambar hiasan. (Gambar kecil: Shafee)
A
A
A

BATU KAWAN - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung dalam Sungai Ketupat, Bukit Tambun, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abdul Samad berkata, mayat berkenaan ditemui oleh seorang lelaki kira-kira jam 9 pagi sebelum melaporkan penemuan itu kepada polis.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati mayat lelaki berkenaan yang tidak dikenal pasti identiti itu dalam keadaan tidak berbaju selain terdapat tatu di bahagian belakang badannya.

"Setakat ini, kita masih belum mengenal pasti ideniti mangsa namun pemeriksaan awal mendapati ada tatu di belakang badannya.

"Kita sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini dan mayat dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini.

Shafee berkata, setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan: