Lukisan batik isi terhad Kotex

KOTEX edisi khas itu menggabungkan fungsinya dengan fesyen dan melambangkan satu inisiatif dalam memperkasakan kaum wanita.
A
A

JENAMA penjagaan wanita terkemuka tanah air, Kotex, kembali mencapai kemuncak baharu dalam penjagaan wanita menerusi pelancaran Batik Edisi Terhad Kotex.

Edisi tersebut bukan sahaja menggabungkan fungsinya dengan fesyen, malah melambangkan satu inisiatif dalam memperkasa kaum wanita.

Pengurus Pemasaran, Kimberly-Clark, Frenissa Lagman berkata, pada Batik Edisi Terhad Kotex itu, pihaknya menawarkan rekaan dengan pelbagai warna yang terang, berani selain menampilkan motif-motif halus yang melambangkan batik Malaysia, namun telah dipermodenkan.

"Ia mengikut aliran fesyen terkini seperti yang diidamkan oleh wanita muda masa kini," katanya kepada Femina.

Mengulas lanjut, Frenissa berkata, pembungkusan Kotex akan menampilkan rekaan kreatif artisan-artisan dari Batik Boutique, iaitu sebuah perusahaan sosial yang bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

"Kami telah menerapkan batik ke dalam pembungkusan Kotex kami dengan cara yang menyeronokkan bagi menginspirasikan kaum wanita muda untuk menzahirkan perasaan mereka dengan sikap positif, iaitu Haid atau Tidak, Dia Mampu.

"Produk penjagaan wanita tidak seharusnya bersifat konvensional dan bosan. Justeru, kami berharap rekaan-rekaan yang berani itu akan memberi ciri keunikan kepada Kotex, di samping menerapkan unsur keseronokan dan fesyen ke dalam tuala wanita kami," katanya.

Batik Edisi Terhad Kotex kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara dan didatangkan dengan satu aksesori fesyen yang menarik iaitu satu beg kantung bergaya yang direka khas untuk edisi terhad tersebut.

Kotex juga akan menampilkan rangkaian Batik Edisi Terhad Kotex secara eksklusif di pentas peragaan semasa Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) yang berlangsung pada Rabu lalu hingga hari ini.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia