Jom Shopping SMUE mula bulan depan

Gan Pei Nei
Gan Pei Nei
A
A
A

SHAH ALAM - Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) akan dilaksanakan bermula September ini.

Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas), Gan Pei Nei berkata, program ini akan dijalankan secara berperingkat di mana penyerahan baucar RM100 diedarkan mengikut bulan kelahiran penerima.

"Tuntutan manfaat ini hanya boleh dibuat dalam bulan kelahiran ahli SMUE sahaja.

"Mana-mana warga emas atau orang kurang upaya (OKU) yang menepati syarat permohonan SMUE boleh mendaftar di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri terdekat," katanya.

Maklumat lanjut berhubung semakan status permohonan SMUE dan kawasan Pusat Khidmat DUN, sila layari laman web:www.smue.yawas.my/admin/online_semakan.php atau hubungi Yawas careline di talian 03-5481 8800.

Artikel Berkaitan: