X

Kindly register in order to view this article
!

MBM desak kenakan tindakan ke atas pihak pasang bendera terbalik

Muhammad Fadzli Hasan
A
A

SHAH ALAM - Majlis Belia Malaysia (MBM) mendesak supaya tindakan undang-undang dikenakan ke atas pihak yang didapati memasang Jalur Gemilang terbalik.

Timbalan Presidennya, Muhammad Fadzli Hasan berkata, ini kerana tindakan tersebut merupakan satu penghinaan besar kepada negara.

“Tiada sebarang alasan dapat diterima dalam perkara membabitkan pemasangan bendera terbalik yang heboh diperkatakan oleh warga netizen baru-baru ini kerana simbol kedaulatan negara itu sewajarnya dihormati.

“Justeru, tindakan undang-undang perlu diambil kepada pihak yang bertanggungjawab mengikut peruntukan Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi memberi pengajaran kepada pihak lain,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Muhamamad Fadzli berkata, dalam memastikan keharmonian sejagat terus terbela, masyarakat seharusnya meletakkan tanda hormat yang tinggi bukan sahaja kepada bendera negara sendiri, tetapi juga bendera dari mana-mana negara sekali pun.

Selain itu katanya, orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kedaulatan negara dan tidak menyebarkan berita yang tidak tepat bagi memastikan keharmonian terus terpelihara.