Gojek tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia

Abdul Karim Ibrahim
Abdul Karim Ibrahim
A
A
A

MARANG - Belia Terengganu menyifatkan langkah kerajaan untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek di negara ini sebagai tidak sesuai.

Pengerusi Persatuan Belia Setia Pakat (Sepakat) Abdul Karim Ibrahim berkata, adalah tidak sesuai apabila lelaki dan perempuan yang bukan muhrim membonceng motosikal bersama.

Di samping itu, katanya, perkhidmatan teksi motosikal juga akan memberi kesan kepada perkhidmatan awam sedia ada yang dilihat agak suram daripada segi sambutan orang ramai.

"Semua perkara perlu diambil kira dan mungkin kerajaan boleh memikirkan langkah lain yang lebih baik bagi mengelakkan perkhidmatan teksi motosikal ini menimbulkan masalah.

"Bagaimanapun, pihak berkuasa mempunyai hak untuk memutuskan pelaksanaan Gojek ini namun perlu juga mengambil kira pandangan semua pihak," katanya kepada Sinar Harian.

Kelmarin, Kabinet pada asasnya bersetuju untuk melaksanakan perkhidmatan Gojek.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Yusof berkata, Kabinet dalam mesyuarat mingguannya telah membincangkan perkara itu secara terperinci dan memberi lampu hijau untuk melaksanakan perkhidmatan itu.

Artikel Berkaitan: