Bekas Menteri Kewangan India terlibat skandal rasuah diberkas

P Chidambaram
A
A

NEW DELHI - Polis memberkas bekas Menteri Kewangan India, P Chidambaram lewat semalam berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram sehari selepas Mahkamah Tinggi New Delhi menolak permohonannya untuk mendapatkan pengecualian daripada ditangkap.

Jurucakap Biro Siasatan Pusat (CBI) berkata, Chidambaram ditahan polis persekutuan dalam satu serbuan dramatik selepas waran dikeluarkan mahkamah.

Agensi Membanteras Jenayah Kewangan India dan CBI memaklumkan beliau dipercayai menyalahgunakan kedudukan rasminya ketika berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dan berkomplot untuk meluluskan perjanjian telekomunikasi pada 2006.

Chidambaram yang berkhidmat sebagai Menteri Kewangan sebanyak dua kali bagaimanapun menafikan tuduhan itu beberapa jam sebelum penahanannya.

Mahkamah Agung dijangka mendengar petisyen beliau pada hari ini. - AFP


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia