'Selesaikan dahulu tuntutan pemandu teksi'

Gambar kecil: Azmi
Gambar kecil: Azmi
A
A
A

KOTA BHARU- Pengusaha teksi menggesa kerajaan menyelesaikan masalah teksi haram dan syarikat e-hailing sebelum memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau dikenali sebagai Gojek.

Ahli Jawatankuasa Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang SeMalaysia (GTSM), Azmi Mohd Zain berkata, masalah dihadapi pemandu teksi masih belum selesai, tetapi kerajaan sudah menambah perkhidmatan pengangkutan awam baharu di negara ini.

“Kami ternanti-nantikan keputusan kerajaan berhubung tuntutan dibuat pemandu teksi seluruh negara, bukan pengumuman mengenai perkhidmatan pengangkutan awam baharu.

“Saya kecewa kerana luahan pemandu teksi selama ini bagaikan tidak bererti kepada kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Azmi selain itu berkata, Gojek hanya akan memberi manfaat kepada warga asing dan pelancong sedangkan pendapatan pemandu teksi akan terjejas.

Artikel Berkaitan: