'Jangan panaskan yang sedia ada panas sekarang'

Abdul Aziz
Abdul Aziz
A
A
A

IPOH - Isu Jalur Gemilang terbalik baru-baru ini dilihat lebih kepada faktor kesilapan.

Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, perkara berkenaan adalah kes terpencil namun ia cepat tersebar.

Malah menurutnya, tidak ada kesalahan atau undang-undang yang mengatakan salah memasang bendera secara terbalik.

“Setahu saya tak ada kesalahan. Ada undang-undang ke yang mengatakan salah pasang bendera terbalik? Cuma benda ini jangan dimainkan, jangan dipanaskan.

"Kadang-kadang tersilap, terlepas pandang, jadi jangan kata ini perbuatan tidak patriotik, perbuatan anti itu, anti ini.

“Jadi jangan digambarkan begitu tapi jangan sampai ke peringkat silap pun dilihat tidak setia, tak patriotik, saya fikir melampau sangatlah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu bagi mengulas laporan polis yang dibuat oleh 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Balai Polis Sungai Senam semalam, beliau berkata, laporan berkenaan perlu berdasarkan kepada undang-undang yang ada.

Malah katanya, pihak polis juga mengetahui perkara berkenaan dan mereka lebih bijak untuk menangani isu.

Artikel Berkaitan:

“Ketua polis negara juga dah bagi kenyataan bahawa isu berkaitan akan ditangani, ditangkap tanpa amaran.

"Jadi jangan panaskan keadaan yang memang sedia panas sekarang ini," katanya.