Kerajaan hari ini bukan tak bertimbang rasa, kata Tun M

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) menyampaikan ucaptama pada Majlis Perjumpaan Pegawai-Pegawai Kerajaan Bersama Perdana Menteri Sesi 2 di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) menyampaikan ucaptama pada Majlis Perjumpaan Pegawai-Pegawai Kerajaan Bersama Perdana Menteri Sesi 2 di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menafikan kerajaan hari ini tidak bertimbang rasa apabila dilihat gagal memberikan bantuan dan insentif kewangan kepada rakyat seperti yang dilakukan kerajaan terdahulu.

Jelasnya, rakyat seharusnya sedar bahawa kerajaan sedang berusaha keras untuk menyelamatkan negara khususnya melibatkan kewangan.

"Saya jelas perkara ini kerana kita dapati, seolah-olah kita ini mendapat sebuah kerajaan tidak bertimbang rasa, seperti kerajaan dahulu.

"Sebenarnya kita bertimbang rasa, tetapi kita juga perlu berusaha untuk keselamatan negara keseluruhannya terutamanya keselamatan kewangannya.

"Kalau kita guna wang yang dipinjam itu ataupun dicuri utk menunjuk bahawa kita bertimbang rasa akhirnya kita akan hadapi masalah yang amat besar," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan di Perbadanan Putrajaya, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, kerajaan tidak boleh mengikut rentak kerajaan terdahulu yang sering memberi bantuan bantuan tanpa mengambil kira keadaan kewangan negara pada masa itu.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Dr Mahathir turut mendakwa tindakan kerajaan terdahulu yang sering menaikkan gaji pegawai kerajaan dengan tujuan untuk menyogok mereka menjadi antara penyumbang kepada bertambahnya hutang negara.

Katanya, disebabkan perkara itu juga, usaha untuk memulihkan negara khususnya kewangan terpaksa mengambil masa yang lama.

Artikel Berkaitan:

"Kerajaan dahulu sering naikkan gaji sehingga 25 peratus tanpa ambil kira pendapatan negara banyak mana," katanya.