Syed Saddiq ceria hadir perhimpunan walau cedera

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Meskipun menahan sakit namun Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama setiausaha akhbar beliau, Kamles Kumar tetap hadir Persidangan Agung Tahunan Bersatu 2018.

Apa yang lebih menarik apabila 'boss' dan setiausaha akhbarnya mengalami kecederaan serentak, mereka ibarat susah senang bersama.

Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan cedera dua hari lalu akibat terjatuh daripada motosikal.

Manakala, Kamles cedera dan kini bertongkat kerana jatuh tangga sejak dua minggu lalu.

Namun mereka berdua tetap ceria meskipun menahan perit kesakitan.

Menurut Ahli Parlimen Muar itu, beliau akan kembali sihat seperti sedia kala, dua atau tiga hari lagi manakala Kamles mungkin memerlukan masa satu hingga dua minggu lagi.

"Kami berdua okey, cuma sakit sedikit. Kebetulan pula kami sakit bersama-sama.

"Walaupun sakit tapi kerja tetap jalan seperti biasa," katanya ringkas ketika ditemui di lobi Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: