Zakir Naik beri keterangan di Bukit Aman

Zakir (dua dari kiri) tiba di Bukit Aman petang ini untuk memberi keterangan berhubung dakwaan fitnah terhadapnya.
Zakir (dua dari kiri) tiba di Bukit Aman petang ini untuk memberi keterangan berhubung dakwaan fitnah terhadapnya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Dr Zakir Naik ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap lima individu termasuk Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam 16 Ogos lalu.

Zakir dilihat masuk ke pekarangan Bukit Aman jam 3.38 petang tadi menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova.

Ini kali ketiga Zakir ke Bukit Aman sejak Jumaat lalu namun sebelum ini memberi keterangan berhubung kenyataan kontroversinya di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Zakir yang juga pemegang taraf penduduk tetap (PR) pada 16 Ogos lalu menamakan Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran; Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, Satees Muniandy dan bekas duta Malaysia ke Kanada, Datuk Dennis J Ignatius dalam laporan polis yang dibuatnya.

Berdasarkan laporan tersebut, pendakwah dari India itu mendakwa kelima-lima individu yang dinamakan telah memfitnah berdasarkan kenyataan disiarkan di media sosial dan laman sesawang mereka berhubung syarahan dibuatnya di Kota Bharu Kelantan pada 8 Ogos lalu.

Zakir turut menyenaraikan 11 pautan artikel yang didakwa kenyataan fitnah dibuat oleh lima individu dinamakan itu.

Artikel Berkaitan: