LKTN sasar nilai jualan produk kenaf RM10 juta tahun ini

Samsudin (kanan) mengiringi Wan Rahim (tengah) menyampaikan bendera Jalur Gemilang kepada wakil-wakil yang menyertai konvoi tersebut hari ini.
Samsudin (kanan) mengiringi Wan Rahim (tengah) menyampaikan bendera Jalur Gemilang kepada wakil-wakil yang menyertai konvoi tersebut hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) mensasarkan nilai jualan produk hasil kenaf sebanyak RM10 juta untuk tahun ini.

Ketua Lembaga Pengarah LKTN, Samsudin Noor berkata, untuk tahun lalu, pihaknya telah mencapai RM6 juta setahun terutamanya melibatkan hasil produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

“Sehingga kini, saya dimaklumkan bahawa nilai jualan kita sudah mencapai RM6 juta dan saya yakin, kita akan mencapai sasaran tahun ini dengan masa yang ada.

“Ia selaras juga dengan perkembangan perusahaan kenaf yang semakin rancak di beberapa kawasan termasuklah di Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas membuat pelepasan Konvoi Merdeka di Pekarangan Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dan turut dihadiri Pengerusi LKTN, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Menurutnya, sejak ditubuhkan, LKTN banyak melibatkan pengurusan bersama kerajaan dan kini dalam proses perancangan untuk membuka lembaran kerjasama dengan pihak swasta.

Beliau berkata, dengan penglibatan pihak swasta, perkembangan perusahaan kenaf untuk masa akan datang lebih meluas dan lebih berkembang dengan sistematik.

“Kita juga menggalakkan mana-mana individu atau masyarakat yang mempunyai tanah yang bersesuaian untuk tanaman kenaf menceburkan diri dalam bidang perusahaan ini supaya kita mendapat manfaat yang berguna untuk masyarakat.

Artikel Berkaitan:

“Kita juga kini bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Lebuh raya Malaysia untuk memasang penahan bunyi di sepanjang lebuh raya.

“Sekarang ini banyak produk tersebut diimport dari Jepun dan Korea dan LKTN dalam proses menggantikan produk fiber ruang itu dengan menggunakan kenaf yang bersesuaian,” katanya.