Mayat hampir reput ditemukan di perairan Pulau Mengalum

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu menemui mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri di perairan Pulau Mengalum, pagi semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, pasukan PPM Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian menggunakan bot ronda RH52 bagi mengesan mayat lelaki berkenaan selepas menerima laporan daripada polis bantuan di Pelantar Minyak ERB West (Petronas) berhampiran pulau tersebut.

“Mayat lelaki itu dijumpai lebih kurang pada 11 pagi dalam keadaan hampir reput dan memakai baju T berwarna kuning.

"Jarak lokasi penemuan mayat kira-kira 30 batu nautika dari bandar Kota Kinabalu. Identiti mayat belum diketahui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat dibawa ke jeti pangkalan lama PPM Kota Kinabalu sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk tindakan lanjut.

Mohamad Pajeri meminta penduduk setempat tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya ada kehilangan anggota keluarga. - Bernama

Artikel Berkaitan: