Polis tubuh pasukan khas siasat kes pencabulan perpaduan

Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador - Foto BERNAMA
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes melibatkan pencabulan keharmonian dan perpaduan negara.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, pasukan siasatan khas ini akan menyiasat kes perkauman, keagamaan dan isu biadab serta memperlekeh Institusi Diraja termasuklah insiden mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.

"Pasukan khas ini

akan mengesan mereka yang tidak bertanggungjawab yang jelas berniat jahat dan tindakan undang-undang menunggu mereka," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, Abdul Hamid dengan tegas menyatakan bahawa tidak ada lagi amaran akan dikeluarkan terhadap pihak yang cuba menyentuh sensitiviti perkauman, bangsa dan agama, sebaliknya mereka akan disiasat dan ditangkap serta-merta termasuk pemimpin politik.

"Saya tidak teragak-agak untuk menangkap mereka (pihak bangkitkan isu perkauman) dan memang saya akan buat (lakukan tangkapan).

"Saya bagi arahan kepada anak-anak buah saya untuk siasat kes terkelas melibatkan keagamaan dan kaum. Jangan tunggu, terus siasat dan tangkap. Saya ulang: tiada lagi amaran," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan tegas Abdul Hamid tepat pada masa


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia