Kanak-kanak empat tahun didera ibu tiri

Mohd Afzanizam
Mohd Afzanizam
A
A
A
JOHOR BAHRU - Polis telah menerima laporan daripada ibu kandung kanak-kanak empat tahun yang disyaki menjadi mangsa dera oleh ibu tirinya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supritendan Mohd Afzanizam Yahaya berkata, laporan polis tersebut dibuat semalam kira-kira jam 6.06 petang.

"Ekoran kes kematian budak lelaki berumur lima tahun di Hospital Sultan Ismail (HSI) pada Rabu lepas, pihak polis telah menerima satu lagi laporan yang dibuat oleh ibu kandung mangsa semalam.

"Ia berkaitan adik kandung simati yang yang mana terdapat kesan kecederaan pada tubuh badan mangsa yang disyaki turut menjadi mangsa dera.

"Mangsa telah di hantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar perubatan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Afzanizam berkata, hasil laporan awal pemeriksaan dapati terdapat kesan lebam di bahagian pipi kiri dan kanan serta kesan luka kering di bahagian dahi disyaki akibat didera.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa akan dirujuk kepada pakar kanak-kanak dan pakar psikiatri untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi terus di talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2218999 atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes ini iaitu Inspektor Maslinah MdTan di talian 012-7236064.

Kelmarin, abang kanak-kanak tersebut yang berusia lima tahun meninggal dunia selepas disyaki didera oleh ibu tiri yang merupakan warga Indonesia di rumah mereka di Taman Sentosa, di sini.

Mangsa sebelum itu dipercayai pengsan ketika dihantar ke HSI, di sini, bagaimanapun disahkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital berkenaan.

Mangsa dihantar ke hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedar diri dan terdapat kesan lebam serta bengkak pada bahagian kanan muka, dada, perut dan kedua-dua betis.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan hentakan objek tumpul di bahagian badan dan susulan daripada itu, bapa dan ibu tiri masing-masing berusia 33 dan 23 tahun direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 2 Januari depan.

Kes tersebut telah disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 memandangkan terdapat unsur-unsur penderaan ke atas mangsa.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.