Henry Golding disebut bakal membintangi G.I Joe

Henry Golding
Henry Golding
A
A
A

HENRY Golding disebut-sebut akan membintangi filem superhero G.I Joe.

Memetik laporan The Hollywood Reporter, Golding yang merupakan pelakon kelahiran Malaysia itu adalah calon utama untuk membawakan watak Snakes Eyes dalam franchise terbaru filem itu.

Watak Snake Eyes merupakan seorang komando ninja yang berpakaian serba hitam, tidak pernah bersuara dan menunjukkan mukanya.

Snake Eyes juga sangat handal berlawan dan sering menjayakan misi tempurnya secara solo.

Perkara itu menjadi bualan di laman sosial Twitter dan pminat pula berkongsi pelbagai reaksi dengan kesahihan desas-desus itu.

Ada yang berpendapat anak kacukan Iban-Inggeris itu tidak sesuai membawakan watak itu kerana Snake Eyes merupakan orang kaukasian yang dibesarkan oleh keluarga Jepun.

Selain itu, ada juga yang melihat bakat yang dimilki Golding itu seperti dipersia-siakan kerana watak Snake Eyes tidak bercakap dan memakai topeng hitam.

Syarikat penerbitan filem gergasi Paramount telah menghasilkan dua filem G.I Joe iaitu G.I Joe: The Rise of Cobra (2009) dan G.I Joe Retaliation (2013).

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, pelakon akrobatik Ray Park melakonkan watak Snake Eyes untuk kedua-dua filem itu.

Pelakon kacak yang sedang melakar nama di Hollywood, juga pernah dilaporkan bakal membintangi filem James Bond 007.

Berdarah kacukan Inggeris-Iban itu, mula mencipta kemasyhuran di Hollywood selepas filem lakonannya, Crazy Rich Asians mencetus fenomena di seluruh dunia pada 2018.

ARTIKEL BERKAITAN: James Bond 007 ke-26 dari Malaysia?