James Bond 007 ke-26 dari Malaysia?

James Bond ke-26

A
A
A

PELAKON kacak kelahiran Malaysia yang sedang melakar nama di Hollywood, Henry Golding dilaporkan bakal membintangi filem James Bond 007.

Pelakon berdarah kacukan Inggeris-Iban itu mencipta kemasyhuran di Hollywood selepas filem lakonannya, Crazy Rich Asians mencetus fenomena di seluruh dunia pada 2018.

Memetik laporan TMZ, Henry, 32, dikhabarkan akan menggantikan pelakon Daniel Craig, 50, yang akan tamat kontraknya memegang karakter perisik kasanova itu.

Bagaimanapun, pelakon utama Crazy Rich Asians itu enggan mengulas mengenai spekulasi itu.

“Saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai hal itu,” katanya.

Selain Henry, Bond ke-26 itu juga dikatakan bakal mengandingkan Idris Elba dan Tom Hardy sebagai taruhan.

Jika betul Henry menjadi pilihan, aktor tampan itu akan mengulangi sejarah yang dicipta oleh aktres Michelle Yeoh yang pernah berlakon sebagai gadis Bond dalam siri Tomorrow Never Dies.

Sekiranya ia benar-benar berlaku, tentunya ia akan menjadi kebanggaan rakyat di negara ini dan tentunya ramai yang akan memenuhi pawagam bagi menyaksikan Bond Malaysia.

Artikel Berkaitan: