MB Perak berlakon filem

Perkongsian Mohd Hafez Mubin di facebook mengenai Ahmad Faizal yang membuat penampilan khas dalam sebuah filem arahan Sabri. Foto: Facebook Mubin Salleh
Perkongsian Mohd Hafez Mubin di facebook mengenai Ahmad Faizal yang membuat penampilan khas dalam sebuah filem arahan Sabri. Foto: Facebook Mubin Salleh
A
A
A
IPOH - Macam-macam bakat Menteri Besar Perak ni!

Terbaharu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berlakon dalam sebuah filem arahan Sabri Yunus iaitu Buntat.

Melalui perkongsian oleh Pegawai Khas Kanan Menteri Besar Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh di laman Facebooknya, Ahmad Faizal akan membuat penampilan istimewa dalam filem tersebut yang kini sedang dalam penggambaran .

Mohd Hafez Mubin berkata, hampir kesemua lokasi penggambaran filem itu dibuat di Perak.

“Penampilan istimewa Datuk Seri Peja Azumu dalam sebuah filem arahan pengarah popular tanah air, Sabri Yunus dan turut membariskan pelakon berpengalaman seperti Imuda dan lain-lain.

“Hampir semua lokasi penggambarannya di tempat-tempat menarik di Perak,” katanya menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Berdasarkan tiga gambar yang dikongsi, Ahmad Faizal berpakaian jubah dan berkopiah sedang diberikan arahan oleh Sabri.

Turut bergambar bersama Ahli Parlimen Tambun itu, beberapa krew dan pelakon termasuklah Imuda.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Ahmad Faizal menyanyi sempena majlis pelancaran penerbangan sulung Air Asia dari Ipoh – Johor Bharu – Ipoh.
Artikel Berkaitan:


Bagaimanapun beliau meminta penyebaran klip itu dihentikan kerana tidak mahu ia dijadikan bahan politik.