Piza Jalur Gemilang jadi tarikan

Siti Zulina bersama pizza Jalur Gemilang di Cafe Na Pizza Station, Chabang Empat Tumpat.
Siti Zulina bersama pizza Jalur Gemilang di Cafe Na Pizza Station, Chabang Empat Tumpat.
A
A
A

TUMPAT - Nekad mencipta kelainan sempena kemerdekaan negara ke-62, seorang peniaga menghasilkan piza Jalur Gemilang.

Siti Zulina Mohamad, 37, berkata, selepas beberapa kali mencuba dan memerhati Jalur Gemilang, akhirnya piza berkenaan berjaya dihasilkan.

"Nak hasilkan sebiji piza Jalur Gemilang yang siap dibakar hanya 15 minit sahaja.

"Tetapi untuk hiaskan Jalur Gemilang itu perlu ketelitian dan kesabaran kerana isi ketam perlu disusun untuk menjadikan jalur merah dan putih.

"Bulan dan bintang yang menjadi simbol agama pada Jalur Gemilang dihias dengan isi ketam dan buah belimbing," katanya ketika ditemui di Kafe Na Pizza Station, Chabang Empat di sini semalam.

Siti Zulina menunjukkan pizza Jalur Gemilang bagi menzahirkan semangat patriotik sempena kemerdekaan negara yang ke-62 di kafenya.
Siti Zulina menunjukkan pizza Jalur Gemilang bagi menzahirkan semangat patriotik sempena kemerdekaan negara yang ke-62 di kafenya.

Bagi Siti Zulina, menghasilkan makanan dengan lambang Jalur Gemilang seperti ini bukanlah yang pertama kali kerana tahun lalu dia menghasilkan kek cawan Jalur Gemilang.

Menurutnya, idea itu tercetus kerana mahu menyemarakkan semangat patriotik untuk dikongsi dengan pelanggannya.

Artikel Berkaitan:

"Piza Jalur Gemilang bersaiz S mula dijual sepanjang bulan Ogos ini dengan harga promosi RM10, ia lebih murah daripada piza biasa yang sama saiz kerana harganya RM12.

"Harga itu mampu dibeli oleh semua lapis masyarakat khususnya pelajar yang mahu menghayati kemerdekaan dan ia boleh dizahirkan dengan pelbagai cara.

"Mereka boleh berswafoto dengan piza merdeka (Jalur Gemilang) di kafe saya untuk dimuat naik di media sosial," katanya yang turut meraikan ulang tahun pertama kafe miliknya.

Menurutnya, sekiranya pelanggan mahukan piza Jalur Gemilang bersaiz besar, dia bersedia menerima tempahan selain menawarkan 13 jenis lagi piza di premisnya.