Sanchez bakal ke Inter?

Sanchez dilaporkan semakin hampir sertai Inter secara pinjaman. -Foto Getty Images
Sanchez dilaporkan semakin hampir sertai Inter secara pinjaman. -Foto Getty Images
A
A
A

BINTANG Manchester United, Alexis Sanchez dilaporkan semakin hampir menyertai Inter Milan dan akan menjalani pemeriksaan perubatan hari ini.

Memetik laporan portal berita antarabangsa, pemain kelahiran Chile itu akan dipinjamkan ke Inter dengan pilihan kelab Itali itu boleh membeli Sanchez pada akhir musim.

Malah, Sanchez juga dilaporkan sudah mengesahkan secara lisan selain turut bersetuju untuk menerima gaji lebih rendah apabila menyertai Inter.

"Sanchez dijangka tiba di Itali esok (hari ini) dan jika semuanya berjalan lancar, dia akan bersama Inter musim ini," kata laporan itu.

Sanchez akan bergandingan dengan rakannya di United, Romelu Lukaku yang terlebih dahulu berlabuh di Giuseppe Meazza selain perekrutan Sanchez merupakan sebahagian daripada perancangan pelatih baru Inter Antonio Conte.

Masa depan Sanchez di Red Devils sudah cukup lama diperkatakan selepas mempamerkan aksi hambar selain turut terpalit dengan beberapa siri kecederaan.

Selama dua musim bersama United, Sanchez cuma bermain 45 kali lima gol dan sembilan bantuan gol dan gagal mengulangi persembahan cemerlangnya ketika bersama Arsenal.

Artikel Berkaitan: