Sembunyi belakang timbunan kotak elak diperiksa Imigresen

Lelaki warga Bangladesh cuba bersembunyi dibelakang timbunan kotak dan botol air.
Lelaki warga Bangladesh cuba bersembunyi dibelakang timbunan kotak dan botol air.
A
A
A

GEORGETOWN - Cubaan seorang lelaki warga Bangladesh bersembunyi di sebalik timbunan kotak dan botol minuman gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila dia ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Pulau Pinang petang semalam.

Lelaki berkenaan menyembunyikan diri selepas melihat anggota penguat kuasa imigresen yang melakukan pemeriksaan di sebuah kedai serbaneka di Jalan Gurdwara di sini.

Bagaimanapun, anggota penguat kuasa yang membuat pemeriksaan terperinci di setiap ruang di dalam kedai terbabit termasuk di bawah tangga menemui lelaki berusia 30-an yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan semalam.
Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Muhamad Husni Mahmud berkata, dalam operasi bermula jam 3 petang itu seramai 19 pekerja warga asing diperiksa.

Menurutnya, daripada jumlah itu, lima daripada mereka iaitu lelaki warga Bangladesh termasuk yang cuba menyembunyikan diri itu ditahan kerana tidak mempunyai dokumen sah.

"Selain itu, kita turut melakukan operasi di dua kedai makan sekitar bandar ini dan menahan tiga lelaki masing-masing dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh serta seorang wanita Indonesia.

"Semua mereka didapati tinggal lebih masa dan juga gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kes mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.