Sila log masuk terlebih dahulu.

13 motor terbakar di KLCC: Seorang lelaki ditahan bantu siasatan

14 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 14 APRIL 2023

Seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kes kebakaran 13 motosikal dan empat skuter elektrik di tempat parkir pusat belah-belah Suria KLCC di Kuala Lumpur pada Khamis ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, suspek yang ditahan merupakan lelaki tempatan berumur 34 tahun.

Katanya, setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung motif dan punca kejadian.

Tambahnya, suspek diberkas bagi siasatan lanjut berkaitan kejadian selain rampasan turut dijalankan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda RS, serangkai kunci motosikal, topi keledar, sehelai baju dan seluar.

Pada Khamis, 13 buah motosikal dan empat skuter elektrik terbakar di kawasan parkir pusat beli-belah Suria KLCC, Kuala Lumpur.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Iqbal Khan Malek Khan berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada jam 3.46 petang.

Artikel: https://bit.ly/3A4w5Ot

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian