Himpunan anti-Lynas kurang sambutan

Himpunan Anti Lynas yang diadakan di Taman Gelora, pagi tadi hanya mendapat sokongan kecil kira-kira 200 orang yang sebelum ini penganjur menganggarkan 1000 hingga 2000 peserta yang hadir
Himpunan Anti Lynas yang diadakan di Taman Gelora, pagi tadi hanya mendapat sokongan kecil kira-kira 200 orang yang sebelum ini penganjur menganggarkan 1000 hingga 2000 peserta yang hadir
A
A
A

KUANTAN - Himpunan Anti Lynas yang diadakan di Taman Gelora, hari ini bagi menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mematuhi janji dalam manifestonya tidak mendapat sambutan daripada masyarakat khususnya Kuantan.

Pihak penganjur menganggarkan kehadiran antara 1,000 hingga 2,000 penyertaan dengan sebahagian besar daripada mereka akan datang dari luar Kuantan namun yang hadir hanya menjangkau kira-kira 200 orang sahaja.

Majoriti peserta yang hadir ke himpunan tersebut terdiri daripada penyokong badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam pembantahan kilang nadir bumi itu bukannya penduduk tempatan yang menetap di kawasan sekitar kilang Lynas.

Tinjauan Sinar Harian mendapati himpunan yang tidak mendapat kebenaran daripada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) selaku pemilik premis dan pihak polis itu itu berlangsung aman dan tiada provokasi yang berlaku.

Sebahagian peserta memegang sepanduk yang mengecam tindakan kerajaan membenarkan Lynas beroperasi di Kuantan
Sebahagian peserta memegang sepanduk yang mengecam tindakan kerajaan membenarkan Lynas beroperasi di Kuantan

Perhimpunan yang bermula kira-kira jam 8 pagi itu menyaksikan peserta yang hadir membawa plakad dan sepanduk yang mengecam langkah kerajaan.

Dalam himpunan tersebut, Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Tan Bun Teet tampil di atas pentas dengan memaparkan gambar 40 menteri PH, Ahli Parlimen dan pemimpin yang telah berjanji untuk menutup kilang Lynas.

Kumpulan itu kemudian menyanyikan sebuah lagu dalam dialek Hakka bagi menggesa pemimpin PH melaksanakan ikrar mereka.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, mereka turut menuntut peletakan jawatan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Ahli Parlimen Bentong Wong Tack yang sebelum ini merupakan tokoh yang lantang dalam kempen anti-Lynas.

Namun, Wong Tack dilihat hadir dalam himpunan tersebut bagi menyatakan sokongan dan peserta himpunan tersebut bersurai pada kira-kira pukul 9.30 pagi.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang dan ADUN Semambu, Lee Chean Chung.

ARTIKEL BERKAITAN: Notis himpunan Anti-Lynas tidak cukup syarat: Polis