Pesan kemerdekaan berasaskan surah al-Kahf

Noor Mazlina (empat dari kanan) dan Abd Farid (tiga dari kanan) selepas mesyuarat mengenai pelaksanaan Malaysia #QuranHour di Bilik Mesyuarat Masjid Sultan Idris Shah 2 (Masjid Negeri) di sini baru-baru ini.
Noor Mazlina (empat dari kanan) dan Abd Farid (tiga dari kanan) selepas mesyuarat mengenai pelaksanaan Malaysia #QuranHour di Bilik Mesyuarat Masjid Sultan Idris Shah 2 (Masjid Negeri) di sini baru-baru ini.
A
A
A

IPOH - Pesan kemerdekaan berasaskan surah al-Kahf akan diangkat sebagai tema sempena penganjuran Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos ini.

Penyelaras Rumah Ngaji Perak, Noor Mazlina@Lily Noor Sarah berkata, tema berkenaan dipilih berikutan tarikh penganjuran program yang begitu hampir dengan tarikh kemerdekaan negara ke-63.

Malah menurutnya, tema berkenaan turut dilihat bersesuaian dengan sambutan tahun baharu 1441H pada 1 September.

"Selain itu, kelainan program kali ini adalah ia dianjurkan pada hari Jumaat.

"Disebabkan itu, kita awalkan program mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari, berbanding sebelum ini mulai 12 hingga 1 tengah hari.

"Kita juga menjangkakan lebih 1,000 jemaah menyertai Malaysia #QuranHour peringkat negeri di masjid ini pada 30 Ogos ini," katanya selepas mesyuarat mengenai pelaksanaan Malaysia #QuranHour di Bilik Mesyuarat Masjid Sultan Idris Shah 2 (Masjid Negeri) di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Imam Besar, Abd Farid Salleh yang mewakili Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Sementara itu, Abd Farid Salleh berkata, sebanyak 623 masjid seluruh Perak termasuk surau yang boleh didirikan solat Jumaat juga akan terlibat dengan Malaysia #QuranHour pada tarikh berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, satu jawatankuasa pelaksana juga sudah dibentuk sempena penganjuran Malaysia #QuranHour bagi melancarkan lagi pelaksanaan program.

"Kita juga alu-alukan penyertaan daripada orang ramai khususnya warga bandar raya Ipoh, agensi-agensi kerajaan serta swasta termasuk institusi-institusi pendidikan.

"Semoga program ini akhirnya akan berjaya mencapai sasarannya dengan menjadikan rakyat di negara ini mencintai al-Quran," katanya.