Zakir, Yew Yin direkod keterangan Isnin depan: Polis

Zakir Naik (kiri) Koo Yew Yin
Zakir Naik (kiri) Koo Yew Yin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan merekod keterangan penceramah bebas, Dr Zakir Naik dan ahli perniagaan, Tan Sri Koo Yew Yin pada Isnin ini bagi siasatan berhubung kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam melalui media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, bagi siasatan terhadap Zakir Naik, pihaknya telah merekod keterangan penceramah itu semalam susulan dua laporan diterima pihaknya pada 12 dan 14 Ogos.

"Laporan pertama itu mendakwa Zakir Naik mengeluarkan kenyataan mengatakan kaum India di Malaysia tidak menyokong Perdana Menteri Malaysia (Tun Dr Mahathir Mohamad), sebaliknya Perdana Menteri India, Narendra Modi.

"Bagi laporan kedua pula, susulan laporan portal Malaysiakini mengenai kenyataan Zakir Naik meminta kaum Cina untuk keluar dari Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Huzir berkata, bagi kedua-dua kes itu, pegawai penyiasat telah merekod percakapan Zakir Naik semalam bermula jam 3.30 petang sehingga 7 malam dengan diiringi peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Menurutnya, prosedur itu akan disambung semula pada 19 Ogos (Isnin) jam 3 petang memandangkan pendakwah terbabit memohon penangguhan untuk berbuka puasa.

Dalam perkembangan lain, Huzir berkata, percakapan Yew Yin juga dirakam pada Isnin depan di Ipoh, Perak susulan aduan diterima berhubung kenyataannya yang didakwa menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selain itu, polis juga akan merakam Pengerusi Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Tan Tai Kim dalam masa terdekat susulan aduan diterima mengenai kenyataan Perdana Menteri menyifatkan Dong Zong sebagai rasis kerana mendakwa langkah kerajaan memperkenalkan tulisan jawi di sekolah adalah satu bentuk islamisasi.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, kes membabitkan Zakir dan Dong Zong disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan (sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan).

"Kes membabitkan Yew Yin disiasat mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan (dengan niat mengapikan mana-mana golongan melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan lain).

"Kes ini turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian)," katanya.