X

Kindly register in order to view this article
!

Jet Israel bedil Gaza

A
A

GAZA CITY - Jet Israel membedil beberapa sasaran di Semenanjung Gaza tidak lama selepas tentera Israel mencederakan penduduk Palestin yang berhimpun di sepanjang pagar sempadan.

Jurucakap tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, serangan udara itu menyasarkan dua terowong bawah tanah milik pergerakan Hamas yang terletak di utara dan tengah Gaza.

Tiada kemusnahan atau kematian dilaporkan setakat ini.

Tambah kenyataan itu, serangan tersebut sebagai tindak balas serangan roket dilancarkan Hamas ke wilayah yang diduduki pada Khamis.

Katanya lagi, roket tersebut berjaya dipintas sistem pertahanan udara Iron Dome Israel.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 38 penduduk Palestin cedera semasa mengadakan protes di sempadan Gaza-Israel.

Daripada jumlah itu, seramai 20 orang terkena tembakan peluru hidup.

Penduduk Palestin mengadakan bantahan besar-besaran setiap Jumaat sejak 30 Mac tahun lalu bagi mendesak Israel melonggarkan sekatan ke atas Gaza selain menuntut hak untuk pulang ke kampung halaman yang dirampas semasa perang 1948.

Sejak bantahan tercetus, hampir 300 penduduk Palestin terbunuh akibat ditembak tentera rejim Zionis. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!