Sahabah al-Quran salur RM9,500 untuk Kumpulan Utusan

Sahabah al-Quran menyalurkan sumbangan berbentuk keperluan asas dan wang kepada kakitangan Utusan Malaysia dan Kosmo. - FOTO ZAHID IZZANI
Sahabah al-Quran menyalurkan sumbangan berbentuk keperluan asas dan wang kepada kakitangan Utusan Malaysia dan Kosmo. - FOTO ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Situasi sukar dihadapi kira-kira 800 warga Utusan Malaysia dan Kosmo rentetan masalah kewangan syarikat penerbitan akhbar itu mendapat perhatian Sahabah al-Quran yang menyalurkan sumbangan bernilai RM9,500 berbentuk barangan keperluan asas dan wang.

Sumbangan daripada ummah untuk ummah itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah lkhlas, Marhaini Yusoff kepada wakil Surau Al-Huda, Kumpulan Utusan di Jalan Chan Sow Lin hari ini.

Azman (kiri) bersama Marhaini member sumbangan barangan asas kepada Saifulizam Mohamad (tengah) dalam membantu meringankan beban kakitangan Utusan Malaysia di ibu pejabat Utusan Melayu. - FOTO ZAHID IZZANI

Beliau berkata, inisiatif itu adalah resolusi daripada kempen Malaysia #QuranHour dengan tema ‘Bangsa Berbudi dan Penyayang’.

Menurutnya, dana dikumpulkan Sahabah al-Quran yang terdiri daripada syarikat korporat, team bikers Media Prima dan Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) serta individu.

"Semangat kebersamaan itu tercetus daripada Sinergi Media yang bertadabbur Surah AI-Kahf sempena kempen Malaysia #QuranHour di Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd.

“Biarpun ada persaingan dalam industri media, namun kita bergabung dalam menggerakkan kempen berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Azman (kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM3,000 kepada Saifulizam dalam membantu meringankan beban kakitangan Kumpulan Utusan di ibu pejabat Utusan Melayu. - FOTO ZAHID IZZANI
Azman (kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM3,000 kepada Saifulizam dalam membantu meringankan beban kakitangan Kumpulan Utusan di ibu pejabat Utusan Melayu. - FOTO ZAHID IZZANI

Katanya, bantuan dihulurkan atas ikatan dijalinkan melalui al-Quran dan sumbangan awal disampaikan kepada Kumpulan Utusan pada program Taklimat Sinergi Media baru-baru ini.

"Saya harap bantuan tersebut dapat diteruskan Sahabah al-Quran bagi membantu orang lain yang memerlukan," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung MCCF, Azman Ab Rahman berkata, MCCF menyumbangkan RM5,000 kepada Utusan kerana rasa terpanggil untuk membantu rakan media yang mengalami kekangan kewangan.

“Sebagai umat Islam mahupun manusia biasa, kita perlu menolong orang yang memerlukan. Saya sendiri dari bidang media iaitu TV3. Jadi saya terkesan atas kesukaran mereka.

“Bantuan yang kami beri hanya berbentuk sementara. Selagi ada peluang untuk membantu, kita sedia membantu,” katanya.

No Image Caption

Kumpulan Utusan ialah Sahabah al-Quran dan rakan sinergi media kepada gerakan #QuranHour yang bermula sejak 5 tahun lalu.

Situasi kemerosotan dari sudut ekonomi yang dilalui pihak Kumpulan Utusan menyebabkan kakitangannya berhadapan dengan situasi amat sukar dari segi kewangan dan keperluan asas harian.

Barangan asas seperti telur, beras, minyak masak dan tepung gandum diberikan kepada warga Utusan Malaysia dan Kosmo bagi meringankan beban mereka. - Foto ZAHID IZZANI
Barangan asas seperti telur, beras, minyak masak dan tepung gandum diberikan kepada warga Utusan Malaysia dan Kosmo bagi meringankan beban mereka. - Foto ZAHID IZZANI

Sementara itu, Setiausaha Surau Al-Huda Utusan Malaysia, Saifulizam Mohamad menzahirkan rasa syukur dan terharu dengan sumbangan pertama disalurkan melalui surau itu.

“Kami bagi pihak surau sedia menjadi platform untuk menyalurkan bantuan kepada kakitangan yang memerlukan kerana keadaan agak sulit sehingga ada yang putus bekalan keperluan khusus susu formula dan lampin pakai buang,” katanya.

Kakitangan Kumpulan Utusan membantu mengagihkan sumbangan yang diterima oleh Ummah untuk Ummah berbentuk barangan asas di ibu pejabat Utusan Malaysia. - FOTO ZAHID IZZANI
Kakitangan Kumpulan Utusan membantu mengagihkan sumbangan yang diterima oleh Ummah untuk Ummah berbentuk barangan asas di ibu pejabat Utusan Malaysia. - FOTO ZAHID IZZANI

Sebarang bantuan yang mahu dihulurkan melalui Surau Al-Huda Utusan boleh hubungi Saifulizam di talian 019-2106273.