Afieq Shazwan kemalangan

Afieq Shazwan
A
A

PENYANYI Afieq Shazwan dilaporkan telah terlibat dengan kemalangan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) pada malam Khamis

Difahamkan kemalangan tersebut berlaku ketika Afieq, 22, dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke rumahnya di Klang, Selangor, apabila kereta yang dipandu terbabas akibat keadaan jalan raya yang licin selepas hujan.

Bagaimanapun Afieq bersama adik dan anak saudaranya tidak mengalami sebarang kecederaan, meskipun kereta Proton Saga yang dipandu kemek teruk di bahagian hadapan.

“Ketika kejadian, keadaan jalan raya agak licin selepas hujan menyebabkan saya tidak dapat mengawal kenderaan yang dipandu dan terbabas.

“Saya masih terkejut dengan apa yang berlaku kerana ini adalah kali pertama saya mengalami kemalangan,” katanya Afieq sebagaimana dilaporkan sebuah portal hiburan.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia