Sila log masuk terlebih dahulu.

Hidup umpama 'naik motosikal'

Ada destinasi perhentian yang mengingatkan manusia ke alam barzakh

USTAZ HASBULLAH (depan, kiri) bersama kariah Kampung Melaka Pindah memberi sokongan kepada kempen Malaysia #QuranHour pada program Jom Cuci Masjid Siri ke-34 baru-baru ini.
USTAZ HASBULLAH (depan, kiri) bersama kariah Kampung Melaka Pindah memberi sokongan kepada kempen Malaysia #QuranHour pada program Jom Cuci Masjid Siri ke-34 baru-baru ini.
A
A
A

TANGGAL 4 Ogos lalu, Masjid Ubaidah, Kampung Melaka Pindah, Alor Gajah di Melaka menjadi perhatian apabila seramai 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi berkumpul untuk menyertai program Jom Cuci Masjid Siri ke-34 dan menggerakkan kempen Malaysia #QuranHour 1440H.

Program tersebut dianjurkan Jabatan Operasi Teknikal, Media Prima dengan kerjasama rakan sinergi daripada Majlis Agama Islam Negeri Melaka, Jabatan Agama Islam Melaka, Yayasan Dakwah Islam Malaysia, Masjid Ubaidah dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).

Aktiviti utama yang dilakukan para peserta adalah mencuci masjid dan membersihkan kubur di Tanah Perkuburan Kampung Melaka Pindah.

Sebelum itu, peserta memulakan aktiviti dengan solat Dhuha, diikuti sesi taklimat oleh pihak penganjur dan pengisian rohani dengan bertadabbur Surah al-Kahf oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail.

Pada program berkenaan, Imam Besar Masjid Negeri Melaka, Datuk Muhammad Hashim Al-Hafiz berkata, kehidupan kita umpama naik motosikal. Ada tempat bermula dan destinasi perhentian. Jadi dalam perjalanan kita, ada pelbagai keadaan yang perlu dihadapi.

"Bagaimanapun, panjang atau pendek perjalanan itu, pasti ada destinasi perhentian iaitu alam barzakh. Apa jua keadaan kehidupan yang kita lalui di dunia ini, ia tidak lama. Kiraan satu hari di akhirat bersamaan 1,000 tahun di dunia.

"Cerita kematian ada kebaikan kerana mengingati mati akan memotong kelazatan hidup di dunia. Oleh itu, kita digalakkan ziarah kubur kerana dapat mengingatkan tentang mati,” katanya pada program berkenaan baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Hadir sama Presiden Sifu Bikerz, Ustaz Hanafiah Abdul Malek, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff dan penyelaras program merangkap Setiausaha Masjid Ubaidah, Ustaz Hasbullah Salam.

Beliau berpesan lagi, apabila hidup di dunia, jangan tinggalkan enam perkataan iaitu bismillah, alhamdulillah, astaghfirullah, insya-ALLAH, laa haula walaa quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adziim dan innalillahiwainnalillahiraji'un.

"Tanda orang tidak mengingati kematian ialah menunda kematian, tamak dalam rezeki dan malas beribadah. Jika kita hendak buat baik, ada sahaja rintangan. Ini disebutkan al-Quran,” katanya.

Sementara itu, pendakwah Ustaz Rusydi Ramli Al-Jauhari berkata, dunia bersifat sementara tidak kekal.

"Apabila kita tinggalkan atas bumi, ahli keluarga dan harta akan pergi melainkan amalan," katanya.