Acer lancar 2 siri Aspire baharu

JOHNSON (dua dari kanan) bersama Pengurus Kanan Produk, Jeffrey Lai, Pengurus Besar Produk, Jualan dan Pemasaran, Chan Weng Hong dan Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Produk, Edmund Hoh menunjukkan dua siri Aspire baharu dan sebuah monitor mudah alih yang dilancarkan di Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
A
A

ACER Malaysia meraikan sambutan Acer Day 2019 dengan bertemakan Freedom to Play sekali gus melancarkan dua siri Aspire baharu dan sebuah monitor mudah alih untuk meningkatkan lagi hiburan tanpa had.

Pengarah Produk dan Perniagaan Pengguna Acer Malaysia, Johnson Seet berkata, Acer Day diperkenalkan sejak tahun 2017 itu sebagai satu hari khas bagi meraikan pencapaian jenama tersebut bersama pelanggan.

“Sempena hari istimewa itu, kami beri banyak tawaran dan pelbagai ganjaran hadiah. Ia akan melibatkan seluruh rangkaian produk Acer tidak kira daripada peranti permainan video hinggalah peranti ringan yang sesuai untuk pelajar atau komputer premium yang ultra ringan dan nipis buat golongan profesional.

“Inilah masa terbaik pelanggan untuk mendapatkan peranti yang diimpikan selama ini. Bagi memeriahkan lagi sambutan itu, kami turut memperkenalkan peranti baharu ke dalam siri Aspire dan sebuah monitor mudah alih inovatif yang boleh dibawa ke mana-mana sahaja bagi tujuan pembentangan dan perkongsian pada bila-bila masa,” katanya selepas Majlis Sambutan Acer Day 2019 dan Pelancaran Acer Aspire di Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama Pengurus Kanan Produk, Jeffrey Lai; Pengurus Besar Produk, Jualan dan Pemasaran, Chan Weng Hong dan Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Produk, Edmund Hoh.

Kesemua peranti baharu itu boleh dibeli dalam talian rasmi dan pengedar sah Acer seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi talian 1800-88-1288.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia