Sarawak digesa dedah spesifikasi sekolah kos hampir RM90j

Chong Chieng Jen
Chong Chieng Jen
A
A
A
KUCHING - Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen hari ini mengulangi gesaan agar kerajaan Sarawak mendedahkan spesifikasi bangunan dua buah sekolah rendah yang akan dibina semula dengan kos keseluruhan hampir RM90 juta menggunakan dana kerajaan negeri.

Katanya, adalah tidak masuk akal pembinaan semula sekolah rendah menelan belanja sebesar itu dengan anggaran lebih RM40 juta untuk sebuah sekolah.

Adakah mereka mahu membina sekolah rendah atau sebuah kolej, katanya pada sidang media, di sini.

Chieng Jen yang juga Pengerusi DAP Sarawak mengulas kenyataan Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Dr Annuar Rapaee berhubung isu tersebut.

Chieng Jen sebelum ini melontarkan pertanyaan serupa kepada Menteri berkenaan Datuk Seri Michael Manyin Jawong selepas kerajaan Sarawak dilapor akan membina semula Sekolah Kebangsaan (SK) Segan Ulu di Bintulu dan SK Meludam, Betong menggunakan dana sendiri dengan anggaran kos sekitar RM88.42 juta.
Artikel Berkaitan:


Mengulas lanjut, Chieng Jen yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya, setiap sekolah terbabit yang mampu menampung 250 murid terletak tidak jauh dari bandar Bintulu dan Betong. - Bernama