Korea Selatan 'balas dendam'

Notis kempen yang menggesa langkah boikot ke atas produk dari Jepun yang dipaparkan di pasar raya di Seoul.
Notis kempen yang menggesa langkah boikot ke atas produk dari Jepun yang dipaparkan di pasar raya di Seoul.
A
A
A

SEOUL - Korea Selatan hari ini meletakkan Jepun dalam kategori baharu eksport yang akan meningkatkan lagi perang perdagangan antara kedua-dua negara sekutu Amerika Syarikat itu.

Langkah itu dibuat selepas Seoul pada awal bulan lalu memaklumkan ia akan mengeluarkan Tokyo daripada senarai rakan perdagangan boleh dipercayai, satu langkah tindak balas terhadap keputusan sama dibuat Jepun yang berpunca daripada isu buruh paksa ketika era perang.

Senarai rakan perdagangan Korea Selatan ketika ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu mereka yang menjadi anggota empat perjanjian kawalan eksport utama di dunia dan sebaliknya.

Kementerian Perdagangan di Seoul dalam satu kenyataan memaklumkan ia menambah kategori baharu bagi negara yang telah menandatangani empat perjanjian itu, namun mengendalikan sistem kawalan eksport yang melanggar norma antarabangsa.

“Kerana sukar bekerjasama rapat dengan negara yang sering melanggar peraturan asas. Jadi, kita memerlukan sistem kawalan eksport untuk menangani isu ini,” kata Menteri Perdagangan, Sung Yun-mo.

Di bawah peraturan baharu itu, syarikat di Korea Selatan perlu mengemukakan lima dokumen berbanding tiga sebelum ini untuk mendapatkan kelulusan mengeksport barangan sensitif ke Jepun yang mana proses itu dijangka mengambil masa selama 15 hari. - AFP

Artikel Berkaitan: