Taufan Lekima: Kementerian Kerja Raya tunggu laporan penuh

Mohd Anuar (tiga dari kanan) bertanyakan sesuatu kepada kanak-kanak yang turut menerima sumbangan wang tunai sempena program tersebut.
Mohd Anuar (tiga dari kanan) bertanyakan sesuatu kepada kanak-kanak yang turut menerima sumbangan wang tunai sempena program tersebut.
A
A
A

TEMERLOH - Kementerian Kerja Raya sedang menunggu laporan penuh kerosakan yang dihadapi sekolah dan institusi pendidikan susulan taufan Lekima yang melanda beberapa negeri pada Jumaat lalu.

Timbalan Menterinya, Mohd Anuar Tahir berkata, kementerian akan memberi keutamaan terhadap kerja pembaikan sekolah dan institusi pendidikan yang terjejas akibat bencana tersebut.

Menurutnya, kementeriannya akan menunggu saranan dan laporan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai tahap kerosakan bangunan-bangunan terbabit.

"Pihak sekolah perlu segera membuat laporan kerosakan kepada pejabat pendidikan daerah (PPD) yang berkaitan, dan PPD perlu segera melaporkan kepada KPM.

"Pihak kementerian juga akan menghantar jurutera daerah untuk lihat dan buat anggaran kerosakan dan apabila peruntukan sudah ada kita akan cari kontraktor yang boleh selesaikan kerja itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis kenduri rakyat anjuran bersama pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ANIH Berhad dan Pejabat Ahli Parlimen Temerloh hari ini.

Dalam kejadian tersebut, KPM telah mengenal pasti 329 sekolah dan institusi pendidikan di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang dan Terengganu yang mengalami kerosakan.

Artikel Berkaitan: