20 rumah rosak dibadai ribut

Mohd Rodzi (kanan) menziarahi mangsa ribut di Kampung Changgai semalam.
Mohd Rodzi (kanan) menziarahi mangsa ribut di Kampung Changgai semalam.
A
A
A

PASIR PUTEH - Kira-kira 20 buah rumah di sini rosak dibadai ribut awal pagi semalam.

Rumah ibu tunggal di Kampung Changgai, Gaal paling teruk apabila bahagian dapur rumahnya dihempap pokok kelapa.

Rosni Yusof, 62, berkata, dia terjaga dari tidur kerana terdengar sesuatu.

"Saya terkejut melihat bumbung dapur rosak teruk dihempap pokok kelapa," katanya.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 pagi ketika dia bersama seorang anak dan tiga cucu nyenyak tidur.

Bagaimanapun katanya, dia bersyukur kerana semuanya selamat dalam kejadian itu.

Keadaan rumah penduduk akibat ribut semalam.
Keadaan rumah penduduk akibat ribut semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gaal, Mohd Rodzi Jaafar berkata, bantuan segera dari Tabung Serambi Mekah disampaikan bagi meringankan bebanan mangsa ribut.

Artikel Berkaitan:

Katanya, selain Kampung Changgai beberapa kampung lagi terlibat termasuk Bukit Yong dan Felcra Teratak Batu.

Sementara itu, ADUN Limbongan, Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah berkata, beliau turut menerima aduan berkaitan ribut awal pagi semalam.

Beliau berkesempatan meninjau tujuh rumah yang terjejas di Kampung Kok Jering, Kampung Tok Nik, Alor Pasir dan Dalam Kemunting.

Menurutnya, satu rumah yang terjejas teruk apabila sebahagian bumbung diterbangkan angin kencang.

"Kita menyampaikan sumbangan segera dan sumbangan berupa zink akan menyusul," katanya.