Husam sedia kongsi maklumat marijuana

Datuk Husam Musa
Datuk Husam Musa
A
A
A
KOTA BHARU – Ahli Dewan Negara, Datuk Husam Musa bersedia berkongsi maklumat mengenai teknologi spesis pokok marijuana atau ganja kesihatan dengan pihak berwajib jika ada yang mahu melakukan kajian terhadap tumbuhan itu.

Menurutnya, ganja itu tidak sama dengan ganja yang diperkatakan orang ramai untuk berubat kerana ganja ini masih lagi mengekalkan rasa ketagihan tersebut.

“Marijuana ini tidak ketagih dan beri kesihatan kepada manusia. Tapi ada juga marijuana yang mempunyai unsur kesihatan tapi boleh menyebabkan ketagih.

"Buat masa ini, saya belum memaklumkan lagi (kepada Kementerian Kesihatan) kerana sekarang dalam proses masyarakat berbincang secara terbuka namun apa yang dibincangkan, saya yakin mereka tiada teknologi seperti saya sebutkan," katanya kepada media di sini.

Menurutnya, selain itu, kerajaan boleh mempraktikkan penggunaan kamera litar tertutup yang canggih sebagaimana negara maju yang lain bagi membantu kerajaan mengawal penyeludupan dadah dari negara luar.
Artikel Berkaitan:


Beliau berkata, ia bagaikan satu pusat kawalan yang boleh dipantau oleh beberapa agensi dan diletakkan di sepanjang sepadan untuk membuat kawalan semua aktiviti di kawasan itu.

“Tapi kawalan di pintu masuk tetap perlu diperketatkan terutamanya di laluan utama lori dan kenderaan berat bagi memastikan kita boleh lihat apa sahaja yang dibawa mereka,”katanya.