Anuar tekad banteras perjudian, pelacuran

Senior Asisten Komisioner Anuar Othman
Senior Asisten Komisioner Anuar Othman
A
A
A

IPOH - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak yang baharu, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman menetapkan matlamat untuk membanteras kegiatan jenayah serta memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Anuar, 55, berkata, beliau turut memberi tumpuan kepada kegiatan perjudian dan pelacuran selain mengekalkan integriti dalam PDRM.

“Seperti mana yang dihasratkan Ketua Polis Perak, saya juga akan berusaha menyelesaikan kes-kes tertunggak dalam usaha meningkatkan keyakinan masyarakat kepada pihak polis," katanya.

Sebelum ini Anuar merupakan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak (Risikan/Operasi) dan pelantikan itu bagi menggantikan Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman yang telah bersara Jun lalu.

Majlis pemakaian pangkat daripada Asisten Komisioner kepada Senior Asisten Komisioner itu disempurnakan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain di Mes Pegawai Kanan, di sini hari ini.

Razarudin turut menyempurnakan majlis pemakaian pangkat dan serah tugas jawatan Ketua Polis Ipoh antara Senior Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby kepada Timbalan Ketua Polis Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah.

Mohd Ali kini menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Pasukan Khas, Eastern Sabah Security Command (Esscom), Jabatan Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan: