X

Kindly register in order to view this article
!

9 item wajib dibawa percutian musim panas

ITEM penting yang perlu dibawa si jejaka supaya penampilan sentiasa kelihatan kacak dan santai walaupun cuaca panas terik.
A
A

BUKAN sahaja pelancong luar negara yang sibuk merancang aktiviti percutian ke sana dan ke mari sempena musim panas kali ini, malah orang kita pun turut berbuat demikian.

Rata-ratanya suka mengembara ke negara-negara Eropah lantaran musim panasnya tidaklah berapa bahang seperti di Malaysia.

Namun, tidak kurang juga yang mempunyai bajet sederhana hanya mampu terbang ke negara Asia sahaja.

Antara destinasi yang paling diminati ialah Jepun, China, Vietnam, Thailand termasuk ke Korea Selatan.

Perlu diingat, suhu di negara-negara Asia sedikit lebih kurang seperti di negara ini iaitu boleh mencapai sekitar 30 hingga 35 darjah Celsius.

Boleh tahan panas! Justeru, si pengembara memerlukan pemakaian yang selesa supaya tidak kepanasan sepanjang hari.

Pakaian yang berat akan memakan ruang termasuk seluar jenis denim. Jadi, apa kata si lelaki memilih pakaian yang lebih nipis dan kit travel yang sesuai untuk beg bagasi anda.

Berikut ialah sembilan item penting yang perlu dibawa si jejaka supaya penampilan sentiasa kelihatan kacak dan santai walaupun cuaca panas terik.

SESUAI untuk si jejaka yang kuat berpeluh kerana serat yang lebih lembut dan bersifat dry fit.
SESUAI untuk si jejaka yang kuat berpeluh kerana serat yang lebih lembut dan bersifat dry fit.

T-shirt bamboo

T-shirt jenis itu sesuai untuk si jejaka yang kuat berpeluh kerana serat yang lebih lembut dan bersifat dry fit boleh menyerap peluh dengan mudah selain dapat menghalang sinar UV sehingga 97 peratus.

Quick-Dry Uniqlo

Jenis cepat kering. Baju-T jenama Uniqlo sentiasa lembut dan kering meskipun si pemakai berpeluh. Materialnya lebih 72 peratus kapas. Siluet gaya klasik yang sesuai untuk semua lelaki peringkat umur.

JIKA ada sedikit bajet, tidak salah belanjakan wang untuk membeli kasut jenama Llyod.
JIKA ada sedikit bajet, tidak salah belanjakan wang untuk membeli kasut jenama Llyod.

Kasut selesa

Pemilihan kasut juga penting dan sekurang-kurangnya satu yang berfungsi untuk bersiar pada siang hari atau malam. Kepada yang ada sedikit bajet, tidak salah belanjakan wang untuk membeli kasut jenama Llyod. Jika tidak, kasut Converse juga selesa untuk disarung.

Seluar antikedut

Seluar pendek antikedut juga penting untuk beriadah di pantai ketika musim panas. Dengan warna burgundy gelap keluaran Chinos daripada Everlane menampakkan lagi kekacakan si pemakai dan mudah dipadankan dengan semua baju.

Sandal yang baik

Satu lagi sandal menarik keluaran Vionic, Dennis Toe Post Sandal sesuai dipakai ketika bercuti. Sandal itu mampu memberi sokongan orthotic dengan membantu kestabilan kaki pada kedudukan semula jadi selain mengurangkan sakit tumit, sakit lutut dan kesakitan belakang.

BOLEH dapatkan SUNGAIT Ultra Lightweight Rectangular Polarized Sunglasses UV400 Protection dengan harga RM62.31 (USD14.99) yang ditawarkan di www.amazon.com.
BOLEH dapatkan SUNGAIT Ultra Lightweight Rectangular Polarized Sunglasses UV400 Protection dengan harga RM62.31 (USD14.99) yang ditawarkan di www.amazon.com.

Cermin mata

Jika mahu berkaca mata sepanjang bercuti, boleh dapatkan SUNGAIT Ultra Lightweight Rectangular Polarized Sunglasses UV400 Protection dengan harga RM62.31 (USD14.99) yang ditawarkan di www.amazon.com.

BOTOL air juga menjadi keperluan penting supaya badan tidak terdedah kepada hidrasi yang teruk.
BOTOL air juga menjadi keperluan penting supaya badan tidak terdedah kepada hidrasi yang teruk.

Botol air

Botol air juga menjadi keperluan penting supaya badan tidak terdedah kepada hidrasi yang teruk. Pelbagai jenis botol air menarik yang sesuai dibawa untuk travel seperti yang ditawarkan melalui www.swellbottle.com.

SET penjagaan kulit juga penting untuk perlindungan daripada cahaya UV.
SET penjagaan kulit juga penting untuk perlindungan daripada cahaya UV.

Set penjagaan kulit

Set penjagaan kulit juga penting untuk perlindungan daripada cahaya UV. Sun Bum Mineral Sunscreen Lotion, SPF 50, Australian Gold Water Resistant Spray Sunscreen, SPF 50 dan EiR NYC Waterproof Surf Mud Pro Stick, SPF 50 yang juga boleh didapati melalui www.amazon.com.

Set berus gigi

Set yang wajib dibawa untuk kebersihan diri agar mulut sentiasa berbau segar sepanjang percutian. Set berus gigi jenama Quip yang berbulu nilon lembut, getaran sensitif dan mempunyai jangka hayat bateri yang mampu bertahan selama tiga bulan. Ia boleh didapati melalui www.getquip.com.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!