Makanan kekal segar, tahan lebih lama

INDUSTRI makanan tempatan dan global memerlukan inovasi Peptida Antibeku bagi memanjangkan tempoh hayat produk mereka.
INDUSTRI makanan tempatan dan global memerlukan inovasi Peptida Antibeku bagi memanjangkan tempoh hayat produk mereka.
A
A
A

KEMAJUAN penyelidikan protein antibeku kian meluas dan ia sekali gus memberi manfaat yang cukup besar terhadap strategi pemasaran industri sejuk beku negara.

Berdasarkan perkembangan positif itu, seorang saintis Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Mohd Basyaruddin Abdul Rahman bersama pasukannya berjaya merintis satu produk dinamakan Peptida Antibeku.

Penyelidikan tersebut mula dijalankan sejak tahun 2006 hingga 2015 dengan geran Genetics and Molecular Biology Iniatives, BIOTEK, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Sultan Mizan Antarctica Research Foundation dan Universiti Putra Malaysia.

Penyelidik-penyelidik lain yang terlibat dalam projek berkenaan ialah Bimo Ario Tejo, Loqman Mohamad Yusof, Emilia Abd Malek dan Khairul Fadlyshah Abu Hasan.

CONTOH aplikasi menunjukkan ketulan ais yang kasar boleh merosakkan sel pada makanan dan organ dalaman.
CONTOH aplikasi menunjukkan ketulan ais yang kasar boleh merosakkan sel pada makanan dan organ dalaman.

Ujar Dr Mohd Basyaruddin, dengan inovasi Peptida Antibeku itu, yis glaciozyma antarctica yang digunakan dapat menghasilkan protein novel yang mempunyai aktiviti antibeku (membantu mekanisme kelangsungan hidup pada suhu sub sifar).

“Protein yang bersifat unik dan novel itu (berdasarkan homologi jujukan) yang rendah berbanding dengan protein antibeku yang lain.

Artikel Berkaitan:

“Atas justifikasi itu, saya mencipta Peptida Antibeku yang mampu meniru aktiviti biologi protein induknya, selain penghambatan penghabluran semula yang tinggi sekali gus dilihat cukup berharga untuk pelbagai aplikasi yang berkaitan dengan sejuk beku,” katanya ketika diwawancara e-Trend baru-baru ini.

Mengulas lanjut, penyelidik universiti berprestij itu berkata, penemuan baharunya turut memberi faedah dalam pembuatan produk apabila lebih banyak produktiviti dapat dihasilkan.

“Sebagai contoh, Peptida Antibeku membantu mencegah kesan negatif kristal ais pada produk sejuk beku.

Ia juga berupaya memelihara produk makanan.

Sebagai contoh, daging yang dimasukkan dalam peti sejuk dan disertakan dengan inovasi itu akan membuat daging itu kekal segar dan tahan lebih lama,” ujarnya lagi.

Selain itu, Dr Mohd Basyaruddin berkata, penggunaan teknologi itu dalam perubatan sangat signifikan.

"Teknologi itu dapat memainkan peranan dalam mengekalkan kualiti organ (yang disimpan untuk proses transplan) bagi mengekalkan kesegaran semasa pengangkutan organ. Sel organ tidak rosak disebabkan sifat ais yang kasar,” katanya.

INOVASI itu memberi manfaat kepada sektor bio perubatan dengan mengekalkan kualiti organ untuk pemindahan melalui mengekalkan kesegaran semasa proses pengangkutan organ.
INOVASI itu memberi manfaat kepada sektor bio perubatan dengan mengekalkan kualiti organ untuk pemindahan melalui mengekalkan kesegaran semasa proses pengangkutan organ.



Tindak balas

Menjelaskan lebih lanjut fungsi Peptida Antibeku, Dr Mohd Basyaruddin berkata, agen akan berinteraksi di permukaan kristal ais melalui ikatan hidrogen semasa peringkat awal pembekuan.

Proses itu katanya, akan menghalang pertumbuhan kristal ais yang lebih besar dan pada masa sama boleh mengubah rasa dan tekstur makanan atau menembusi dan merosakkan sel.

“Peptida Antibeku terdiri daripada asid amino dan keadah inovasi ini dihasilkan melalui proses sintesis kimia dan biologi sintetik.

“Ia (Peptida Antibeku) lebih stabil daripada sesetengah protein antibeku dalam mengekalkan ‘toleransi’ sejuk lebih lama dan meningkatkan durasi produk.

“Krio pelindung konvensional (campuran sukrosa-sorbitol) yang digunakan dalam pembuatan makanan sejuk beku selalunya memberi rasa manis yang tidak diingini.

Namun dengan Peptida Antibeku itu lebih natural tidak mempunyai sebarang rasa tambahan dan tidak bertoksik,” katanya.

KEPENTINGAN inovasi saintis UPM dalam industri sejuk beku berupaya mengukuhkan lagi strategi pemasaran global.
KEPENTINGAN inovasi saintis UPM dalam industri sejuk beku berupaya mengukuhkan lagi strategi pemasaran global.

Ditanya potensi produk fitur barunya itu untuk dikomersialkan ke peringkat antarabangsa, Dr. Mohd Basyaruddin berkata: “Peptida Antibeku ciptaan kami sebenarnya sudah bersedia untuk dipasarkan secara global memandangkan ia sudah mendapat banyak permintaan daripada industri makanan terkenal di Jepun.

“Meskipun masih dalam peringkat prototaip dan skill up pemasaran, namun keupayaan inovasi saya sudah diperakui industri makanan dunia. Bagaimanapun kekangan kami sekarang ialah masih tidak dapat menghasilkan inovasi itu dalam kuantiti banyak disebabkan teknologi yang terhad,” ujar beliau.

Pencapaian

Teknologi tersebut boleh diaplikasikan dalam industri berasaskan makanan sejuk beku, akuakultur, perubatan dan veterinar.

Ia melibatkan sasaran pengguna seperti pengeluar makanan beku, pengilang palet makanan ikan dan udang serta syarikat perkhidmatan krio awetan.

Memenangi pingat perak sempena Ekspo Teknologi Malaysia 2015

Meraih pingat emas sempena Exhibition of Invention, Research And Innovation UPM 2014

Pingat perak Malaysia Technology Expo 2015

Antara paten yang berjaya diperoleh:

Invention: Antifreeze Peptides Derived From Fungal Protein 2009

Invention: Antifreeze Peptides Derived From Fungal Protein (Provisional) 2013

Invention: Method for Preservation of Cells and Tissue by Anti-freeze Peptide 2016