Anak 'kelate' sohor dalam YouTube

Menggunakan dialog spontan dengan dialek Kelantan turut memberi kelainan kepada anak muda ini untuk mengekspresikan bakat seni lakonan.
Menggunakan dialog spontan dengan dialek Kelantan turut memberi kelainan kepada anak muda ini untuk mengekspresikan bakat seni lakonan.
A
A
A

KOTA BHARU – Drama spontan yang meraih jutaan tontonan di YouTube meletakkan tiga pemuda Kelantan dikenali dalam masa singkat.

Dalam masa lima hari sahaja, drama spontan terbaharu Muhammad Syahmi Sazli, 24, atau lebih dikenali Syahmi Sazli, bertajuk Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, mencapai tontonan sehingga 2.1 juta.

Bukan kerana ketampanan mereka sebaliknya lakonan santai yang dibawa oleh Syahmi sendiri bersama sepupunya, Muhammad Asyiff Suhaimi, 17, atau Asif dan rakan mereka, Muhammad Ashrul Hakim Lukman, 21, atau dikenali Yoe Parey, mencuit hati penonton.

Lebih-lebih lagi kisah yang diketengahkan membawa mesej yang mendalam namun diselitkan dengan unsur komedi yang bersahaja.

Menggunakan dialog spontan dengan dialek Kelantan turut memberi kelainan kepada anak muda ini untuk mengekspresikan bakat seni lakonan.

Biarpun bekerja dengan dua rakan ‘istimewa' namun Syahmi menganggap ia sebagai salah satu tugas yang menyeronokkan.

Namun di sebalik keghairahan untuk menghasilkan video pendek, ada juga beranggapan dia mempergunakan golongan istimewa ini untuk kepentingan peribadi.

“Sebelum bergiat aktif dalam dunia lakonan, Asif yang menghidap autisme akan mengelak daripada bergaul dengan orang ramai.

Artikel Berkaitan:

“Niat saya ajak Asif berlakon bukan untuk diri saya tetapi saya mahu dia berinteraksi dengan masyarakat dan tidak lagi menyendiri,” katanya.

Muhammad Syahmi bersama Muhammad Ashrul Hakim dan Muhammad Asyiff.
Muhammad Syahmi bersama Muhammad Ashrul Hakim dan Muhammad Asyiff.

Kini bekas penuntut Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu bersyukur kerana Asif yang juga anak sulung daripada dua beradik bukan sahaja bijak untuk menguruskan diri malah mampu menjana pendapatan sendiri.

Malah Syahmi tidak kisah sekiranya populariti Asif dan Yoe mengatasi dirinya ini kerana mereka dapat membantu meringankan beban keluarga ketika ini.

Katanya, Yoe yang baharu membintangi drama spontannya sebulan lalu mempunyai bilangan pengikut yang lebih ramai.

Malah Yoe turut meluahkan rasa gembira kerana dia mula dikenali ramai bukan sahaja dalam kalangan peminat lelaki malah anak gadis di negara ini.

Melihat kejayaan yang diraih, Syahmi yang kini mempunyai syarikat penerbitan sendiri turut menerima banyak tawaran daripada orang ramai agar mengambil anak-anak ‘istimewa' mereka untuk membintangi video pendeknya.

“Saya rasa sudah memadai dengan Asif dan Yoe yang digandingkan dengan sembilan heroin yang lain.

“Sekurang-kurangnya orang ramai sudah dapat mula membuka minda untuk menerima bakat yang ada pada anak-anak istimewa,” katanya.