Pembangkang Kedah desak konsesi rawatan air tidak disambung

Muhammad Sanusi (duduk, dua dari kiri) pada sidang akhbar bersama ADUN pembangkang di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Muhammad Sanusi (duduk, dua dari kiri) pada sidang akhbar bersama ADUN pembangkang di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dari parti pembangkang mendesak kerajaan negeri supaya tidak menyambung semula perjanjian konsesi rawatan air dengan Air Utara Indah dan Taliworks yang dijangka tamat tahun depan.

Ketua Pembangkang Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor berkata, pihaknya difahamkan kos yang terpaksa ditanggung untuk rawatan air dilakukan dua syarikat konsesi berkenaan menelan belanja sekitar RM140 juta setahun sedangkan kos tersebut boleh dijimatkan sehingga RM80 juta setahun sekiranya diusahakan sendiri oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA).

Menurutnya, desakan itu dibuat berikutan pihaknya menerima maklumat terdapat usaha untuk menilai semula dan menyambung perjanjian berkenaan.

"Jadi, pihak kami menginginkan kepastian berhubung perkara itu, sekali gus mendesak supaya perjanjian tidak disambung semula," katanya pada sidang akhbar bersama ADUN pembangkang sempena Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-14 di Wisma Darul Aman hari ini.

Dalam perkembangan sama katanya, beliau turut yakin SADA yang juga anak syarikat kerajaan negeri memiliki kemampuan untuk menguruskan sendiri projek bekalan air di kawasan terlibat yang diuruskan dua syarikat konsesi berkenaan ketika ini.

Artikel Berkaitan: