Pas, UMNO Pahang setuju semua Adun isytihar harta

Rosli Abdul Jabar, Nazri Ngah
Rosli Abdul Jabar, Nazri Ngah
A
A
A

KUANTAN - Pas dan UMNO Pahang tiada masalah untuk menerima cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membuat pengisytiharan harta.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, tiada masalah untuk semua ADUN membuat pengisytiharan harta tapi biarlah secara lebih telus.

Menurutnya, cadangan tersebut kerana bukan sahaja mengelak rasuah tetapi menghapus gejala kronisme kerana bukan sahaja isytihar harta tetapi sumbernya juga perlu diisytihar.

"Kalau isytihar harta sahaja tidak guna kalau tidak tahu dari mana datangnya semua itu. Yang kita pentingkan ketelusan dari sudut pengisytiharan harta.

"Perlu tahu harta yang ada daripada gaji, perniagaan, projek atau sebagainya. Tahu dari mana sumber barulah nampak ketelusan dan langkah ini bagus untuk mengelak amalan buruk kronisme," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) Pahang turut memandang positif cadangan tersebut kerana diyakini dapat mengelak amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

ADUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah berkata, tidak kira ADUN kerajaan atau pembangkang harus melakukan pengisytiharan harta.

"Kalau BN Pahang memang tidak kisah perlu isytihar harta. Saya setuju sangat kerana era 80-an dahulu memang sudah ada peraturan begini.

Artikel Berkaitan:

"Kita tidak perlu takut dan langkah ini penting untuk elak rasuah serta penyalahgunaan kuasa," katanya.

Menurutnya yang juga Exco negeri Pahang, melalui pengisytiharan harta mampu menunjukkan amanah dan pengorbanan dilakukan pemimpin untuk rakyat.

"Sebelum jadi ADUN dan terjebak dalam politik saya adalah kontraktor serta memang mengumpul harta.

"Bila sudah masuk politik memang banyak harta-harta dilaburkan dan dihabiskan untuk rakyat," katanya.