'Segerakan projek jejambat tol Saujana Putra'

Hanafi
Hanafi
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor menggesa kerajaan negeri menyegerakan kerja pembinaan jejambat di Tol Saujana Putra, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Ketua Pemuda Pas Selangor, Hanafi Zulkapli berkata, masih tiada sebarang tanda projek itu akan dimulakan walaupun setelah lawatan Menteri Besar, Amirudin Shari April lalu.

Menurutnya, sepatutnya kerja dimulakan pada bulan lepas memandangkan tender dibuka pada April lepas.

"Kerajaan Selangor mesti mengambil tindakan segera sebagaimana janji yang telah diberikan untuk menyelesaikan masalah penduduk Bandar Saujana Putra mengenai kesesakan yang membelenggu mereka di kawasan bulatan antara Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan SKVE," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Amirudin sewaktu turun padang di kawasan itu April lalu memaklumkan pembinaan jejambat di kawasan tersebut bakal selesai selepas termeterainya perjanjian oleh Seribu Baiduri Sdn Bhd (LBS Bina Group Berhad) dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Seribu Baiduri telah mengemukakan permohonan kelulusan pembinaan jejambat kepada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Artikel Berkaitan: